Thursday, July 9, 2009

PeSaNaN BuaT AnAk PeReMpUaN~

IMAM AL-GHAZALI

PeSaNaN KePaDa aNaK PeReMPuaNnYa Di HaRi PeRKaHWiNaNnYa


Anakku!
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan.......
Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,
Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.
Itulah suamimu,
Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.
Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan
ia dapat kau jadikan tiangmu.
Jadilah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya,
nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.
Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya.....
Dengan cara demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.
Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau,
Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu,
maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah,
Peliharalah hidung,telinga dan matanya.....
Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu
Daripadamu melainkan yang harum,
Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu
Daripadamu melainkan yang baik,
Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu
Daripadamu melainkan yang cantik belaka.


p/s:
saya t'baca pesanan ni yg t'gantung kat dinding sebuah bangunan milik sebuah persatuan..
saya pun nak kongsila kat sume2 yang mungkin x penah baca dan dengar..
bg yang akan melangsungkan perkahwinan,ikutla pesanan ni..
insyaALLAH,
rumah tangga kalian akan bahagia..

2 comments:

Islamic_Muslimah said...

Subahanallah...
hebat kata-kata nie...
pesanan yg amat bermakna..
bola ana copy/paste n letak kat blok ana??
syukron :)

Diriku said...

bley2..
silala..
afwan..=)

Post a Comment