Tuesday, November 25, 2008

SiNaR CaHAYa AyAT KURSI...

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal
seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah untuk
menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan
keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab
itulah Rasulullah tidak akan masuk
rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban
salam dari isterinya. Di saat itu
syaitan akan
lari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-
hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang
Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah
SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan
rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap
hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar,
pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat
kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan
baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya
dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-
Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi
pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,

Friday, November 21, 2008

Amalkanlah slalu...

Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1. Bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2...Alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. Insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. Lahaulawalaquataillahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6.Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7. Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.

* amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'
> KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
> 1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
> 2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.' (Hadith Qudsi)
> 3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
> 4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
> 5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
> 6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud berkata: 'Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.'
> 7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, 'Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
> 8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
> 9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
> 10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
> 11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
> Sabda Rasulluah, 'siapa
> yang menyampaikan satu ilmu dan orang
> yang mengamalkannya maka dia akan
> beroleh pahala walaupun sudah tiada....'

PLZZ bace nie!!!!

Hal ini berlaku di KL baru2 ni.. Saya dapat tahu dari kakak ipar saya cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.

P/S: Kepada rakan2 wanita, berhati2lah ketika berada di mana2 shj..& bg rakan2 lelaki, ingatkanlah adek2, kakak2 & ibu2 anda. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri.