Thursday, May 28, 2009
MeNaNGiS?!
Apa itu MENANGIS???Menangis merupakan satu ungkapan sedih serta kebahagiaan.Menangis adalah naluri, fitrah manusia yang merupakan nikmat drpd Allah SWT. Air mata seorang manusia hanyalah ibarat air kotor di sebuah longkang. Namun, setitis air mata kerana takut kpd Allah laksana permata indah bergemerlapan terpancar dr segala arah dan penjuru.Penghuni syurga ialah mereka yang byk mencucurkan air mata demi Allah dan RasulNya, bukan kerana harta dan kedudukan. Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Tiada suatu yang lebih aku suka dr dua titisan, iaitu titisan darah yang tumpah kerana jihad fi sabilillah dan titisan air mata yang mengalir kerana rasa takut dan rindu kpd Allah”.
Rasulullah juga pernah bersabda:
“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah SWT dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabilillah di waktu malam.”
Betapa mahalnya titisan air mata yang mengalir kerana ibadah. Namun begitu, ramai di antara manusia yang menangis kerana dunia, sedangkan terlalu sedikit yang menangis kerana akhirat.
Menangis adalah satu tabiat yang melekat dlm diri manusia. Namun, tidak semua tangisan adalah sama.
JeNiS-JeNiS TaNGiSaN
1) menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati,
2) menangis kerana rasa takut,
3) menangis kerana cinta,
4) menangis kerana gembira,
5) menangis kerana menghadapi penderitaan,
6) menangis kerana terlalu sedih,
7) menangis kerana terasa hina dan lemah,
8) menangis untuk mendapat belas kasihan org,
9) menangis kerana mengikut-ikut org menangis,
10)menangis org munafik(pura2 menangis).
TaNGiSaN T’CeLa @ T’PuJi??
Tangisan yang sangat diCELA umpama meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada dan merobek-robek pakaian.
Tangisan yang sangat diPUJI dan diTUNTUT ialah tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yg silam @ tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
TaNGiSaN Yg DiSuKai ALLAH SWT
1)Tangisan Para Nabi & Rasul
2)Tangisan kerana benci dunia
3)Tangisan memikirkan mati(memikirkan tanggungjwb yg akan dipikul semasa b’hadapan
dgn Allah SWT)
4)Tangisan memikirkan api neraka
TanDa2 MeNaNGiS Yg DiSuKai ALLAH SWT
1)Menangis yg menambahkan rasa takut kpd Allah SWT
2)Menangis yg menyedarkan ttg kecelaan diri sendiri dan t’dorong utk memperbaikinya
3)Menangis yg menambahkan ibadah kpd Allah SWT
4)Menangis yg mengurangkan cinta dan tamak dunia
5)Menangis yg menambah suka dan cintakan akhirat
6)Menangis yg dpt membezakan kebaikan dan keburukan serta halal dan haram
HiKmaH MeNaNGiS
1)Membersihkan hati dan menyinar akal
2)Menghilangkan penyakit malas dan mengurangkan tidur
3)Memudahkan diri b’ibadah kpd Allah SWT dan tekun bekerja
4)Menahan nafsu syahwat agar dpt mengelak diri dr p’buatan maksiat dan mungkar
5)Meringankan p’belanjaan spy dpt b’sedekah kpd org miskin dan yg memerlukannya
6)Menyihatkan badan dan menolak penyakit
7)Sentiasa b’syukur dgn nikmat Allah SWT dan ingat kpd org yg tidak memperolehinya
KeBuRuKaN MaTa Yg TiDaK PeRnaH MeNanGiS
1)Hati buta dan mewarisi kebodohan krn wap menyerupai gula b’kumpul di otak
2)Timbul penyakit malas dan byk tidur
3)Rasa berat utk bekerja dan tidak lazat utk b’zikir disebabkan kesesatan hati yg
mnjadi hijab antara hati dan zikir
4)Nafsu tidak t’tahan kpd dunia dan b’cita-cita utk membuat perkara mungkar dan
maksiat
5)Perut sentiasa b’hutang. “ Apakah yg engkau akan makan pd hari ini?”
6)Timbul sifat kedekut pd harta.
7)Byk penyakit krn ia b’punca drpd sisa makanan di dlm perut
8)Lupa kpd hari akhirat dan azab api neraka
4 CaRa SuPaYa MeNanGiS
1)Hampirkan diri pd guru @ org b’ilmu yg dpt menyingkap sifat buruk yg b’sarang dlm
hati kita. Guru akan mmberithu keaiban diri seseorg dan cara2 mengubatinya.
2)Hendaklah mencari rakan karib yg boleh dipercayai, bijaksana dan lebih pengetahuan
agamanya. Teman sebegini akan memerhatikan tingkah laku temannya dan jika t’dpt
p’buatan yg tdk elok, dia segera mengingatkannya.
3)Hendaklah b’lapang dada apb menerima teguran @ nasihat org lain yg b’sangkutan dgn
p’lakuan @ sifat aib yg t’dpt dlm diri seseorg.
4)Hendaklah sentiasa b’gaul dgn org ramai. Sebarang perkara t’cela yg dilihat pd org
lain akan menimbulkan p’tnyaan kpd dirinya, adakah perkara t’sebut ada pd diri
aku? Sebab org Mukmin adlh cermin kpd Mukmin yg lain.
AiR MaTa Yg TiaDa DiTunTuT
1)Janganlah menangis kalau tak t’capai cita2,bknkah Tuhan yg menentukannnya.
2)Janganlah menangis menonton filem Hindustan, itu kan cuma lakonan.
3)Janganlah menangis kerana cinta tak b’balas, mungkin dia bknlah jodoh yg telah
Tuhan tetapkan.
4)Janganlah menangis jika gagal dlm peperiksaan, mungkin kita kurang membuat
p’sediaan
5)Janganlah menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang
b’sedekah buat amalan
~Renungan bersama~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hurm..teringat satu gmbr kat iluvislam yg kate 'jika seorg hamba Allah tdk lagi mudah menangis kerana takut dgn kekuasaan Allah,maka menangislah kerana ketidakmampuan itu"
huhu~
Post a Comment