Tuesday, May 25, 2010

Kunci Persahabatan Yang Baik

1.Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan dengannya tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.
2.Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berkelakuan lebih baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
3.Sedarlah bahawa tiada sesiapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
4.Hargailah pendapat satu sama lain. Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat yang lain juga.
5.Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
6.Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan menjejaskan persahabatan anda.
7.Kawan yang baik membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka tetapi jangan mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
8.Jangan mengata dibelakang kawan anda.
9.Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana dengan kata-kata itu persahabatan dapat diteruskan sepanjang hayat.

Tuesday, January 26, 2010

CiRi-CiRi SaHaBaT YaNG BaiK

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

• Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
• Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
• Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
• Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
• Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
• Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
• Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
• Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
• Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
• Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
• Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
• Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
• Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
• Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


p/s: Sebagai remaja yang jauh daripada pandangan ibu bapa, berhati-hatilah dalam memilih kawan.Kawan boleh membahagiakan kita tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Saturday, January 9, 2010

InGatLaH TeMaN...

Mata bertemu mata akan rasa kasih
Hati bertemu hati akan rasa sayang
Kasih bertemu sayang akan rasa cinta
Dahi bertemu sejadah akan rasa kekuasaan-Nya

Biarlah apa jua rasa di dunia ini, tetapi..
Bila sujud padaMu tetap akan rasa kebesaran-Nya

Kejahatan dibalas kejahatan itu dipanggil dendam
Kebaikan dibalas kebaikan itu dipanggil budi
Kebaikan dibalas kejahatan itu dipanggil zalim
Kejahatan dibalas kebaikan itulah sebaik-baik iman.

Biarlah apa jua balasan yang diterima di dunia ini,tetapi..
Balasan ALLAH akan berganda nanti!

Monday, November 9, 2009

JaGaLaH HaTi...

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Ilahi

Bila hati kian bersih
pikiran pun akan jernih
Semangat hidup nan gigih
Prestasi mudah diraih

Namun bila hati keruh
Batin selalu gemuruh
Seakan dikejar musuh
Dengan Allah kian jauh

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Ilahi

Bila hati kian suci
tak ada yang tersakiti
Pribadi menawan hati
ciri mu’min sejati

Namun bila hati busuk
pikiran jahat merasuk
Akhlak kian terpuruk
jadi makhluk terkutuk

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Ilahi

Bila hati kian lapang
Hidup sempit terasa senang
Walau kesulitan datang
Dihadapi dengan tenang

Tapi bila hati sempit
Segalanya jadi rumit
Seakan terus menghimpit
Lahir batin terasa sakit

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Ilahi

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Ilahi

Bila hati kian bersih
pikiran pun akan jernih
Semangat hidup nan gigih
Prestasi mudah diraih

Namun bila hati keruh
Batin selalu gemuruh
Seakan dikejar musuh
Dengan Allah kian jauh

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Ilahi

Bila hati kian suci
tak ada yang tersakiti
Pribadi menawan hati
ciri mu’min sejati

Namun bila hati busuk
pikiran jahat merasuk
Akhlak kian terpuruk
jadi makhluk terkutuk

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Ilahi

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Ilahi






p/s:lagu ni mungkin tak sedap didengar oleh sesetengah orang
tapi hayatilah liriknya..

~KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM~

Di dalam HATI manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah s.w.t…

Di dalam HATI manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah s.w.t…

Di dalam HATI manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah s.w.t…

Di dalam HATI manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya…

Di dalam HATI manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya…

Di dalam HATI manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya…

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.


>>>>jagalah HATI~