Saturday, May 2, 2009

JoM HaYati BeRsaMa LiRiK iNi.....


Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....


Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...



Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...


~tersentuh hatiku ketika membaca dan menghayati lirik ini..
~betapa byk dosa yg tlh ku lakukan..
~Ya Allah,ampunkanlah segala dosa yg telah kulakukan..Amin ya Rabbal 'alamin!..



Hayatila video ini..
Tp jgn fikir yg bkn2 ye..
Tobat2..huhu..

Thursday, April 30, 2009

....:::::HiKMaH SuJuD KeTiKa SoLaT:::::....

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan
bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan
bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik
memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali
ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak
secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan
sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan
otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

copy paste from http://islamictazkirah.blogspot.com

~KeAJaiBaN BASMALAH~

Suatu ketika Abu hurairah Radhiyallahu ’anhu salah seorg sahabat nabi terkenal,b’temu dgn syaitan penggoda mukmin dan syaitan penggoda org kafir. syaitan penggoda org kafir gemuk,segar,rapi,dan memakai baju yg elok.Sedangkan syaitan penggoda mukmin kurus, kering,kusut,dan telanjang.

Syaitan gemuk b’tnya kpd syaitan kurus:

“kenapa keadaanmu menyedihkan,kau kurus kering,kusut dan telanjang ?”

Syaitan kurus menjwb:

“Ak b’tugas menggoda org mukmin yg slalu b’zikir dan membaca basmalah menyebut nama Allah. Ketika hendak makan dan minum,ia membaca basmalah menyebut nama Allah,maka ak tetap lapar dan haus. Ketika memakai minyak wangi, ia menyebut nama Allah,maka ak tetap kusut. Dan ketika memakai baju, ia juga menyebut nama Allah sehingga ak tetap telanjang!”

Syaitan gemuk menyahut:

“kalau begitu ak b’untung. Ak b’sama org kafir yg tdk pernah menyebut nama Allah. Pd waktu makan ia tdk menyebut nama Allah sehingga ak boleh makan b’samanya smpai puas. Ketika minum dia juga tdk menyebut nama Allah sehingga ak boleh ikut minum. Ketika memakai minyak wangi, ia tdk menyebut nama Allah sehingga ak ikut memakai minyak wanginya. Dan ketika memakai pakaian ia tdk menyebut nama Allah sehingga ak ikut memakai pakaiannya.

Begitulah, betapa agung faedah membaca basmalah. Syaitan tdk boleh ikut makan makanan org yg membaca "Bismillahirrahmanirrahim!" Bahkan dlm sebuah hadis Rasulullah bersabda bhw rumah yg dibacakan basmalah,maka syaitan tdk akan berdiam dan b’malam di dlmnya.

Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengajarkan agar umatnya memulai segala perbuatan baiknya dgn mmbc basmalah, menyebut nama Allah Subhanahu wa Ta’ala. Agar perbuatan itu benar2 penuh berkah, tdk diganggu syaitan dan mendapatkan redha dr Allah Yg Maha Rahman..

Masya4JJl!!!betapa besarnya manfaat yg kita dpt jika kita membaca basmalah..
Oleh itu,jgn lupe membaca basmalah setiap kali kita hendak melakukan perbuatan yg baik!!!!(peringatan utk diriku juga)

Barokallahufik...

Sunday, April 26, 2009

TEKNIK BARU PEROGOL

Rohypnol&Progestrex~ sebarkan pd saudara @ kawan2 wanita kita

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang kecil.
Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian "mencuci" mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk"mencuci" haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol,
sebagai dadah "Dating" dan rogol.


Apa yang
mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.

Progesterex amat senang larut dalam
minuman, akan "mencuci" agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.

Prodesterex asalnya adalahuntuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN
MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.

Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.

Azila Bakri,
Social Worker,
All Women's Action Society (AWAM )

~copy n paste drpd email yg ku dpt~

Wednesday, April 22, 2009

Peringatan!!!!

td ibuku bru blik keje..
ktorg bersembangla sambil makan2..
tibe2...
ada stu panggilan..
ktorg pun pkir,umm....
sapela yg tepon ptg2 nih..
ibuku pun angkatla..
rupe2nye kwn ibuku..
die ckp kt ibuku..
nk thu ape die???
rumah die kena msk pencuri!!!
ibuku pun terkejutlah!!
abes smua brg b'harga kt rumah die...
laptop,brg kemas,duit n smualah yg b'harga!!
satu lg pasport pun die amek!!!Astaghfirullahal'azim!!!
umm...ape dh jd dgn dunia skrg nih?
mcm2 jenayah dh b'laku...
duduk kt umah pun dh xslamat..
mne x nyer..kuar depan umah je..
dh kena ragut..
ibuku penah bgthu..
ade satu pg tu, mse ibuku dan ayahku nk keluar pegi keje..
ibuku t'nmpak ade seorg mamat nih..
die lalu kt depan rumah..
nmpak mcm b'joging..
tp pkai bju keje..pelik2!!
org klu nk joging pkaila bju sukan!!ini tak!!mmg pelik..
rupe2nye..die sedang meninjau..
kot2 la ade rumah yg ble msk(nk mencuri!!)
tgk tu!!punyela berani org zaman skrg!!
urmm...xthula..
smua tmpat dh xslamat..
oleh itu,berhati-hatila saudara2ku smua..

p/s:
1.selalulah membaca ayat pelindung diri dan mohonlah p'lindungan drpd Allah
2.klu duduk dlm rumah pun,kuncilah pintu sbb org jahat ni klu nmpak pintu pgr xb'kunci mmg sukela mereka!
3.klu nk pegi mne2,b'hati-hatila semasa b'jln..tgkla sekeliling anda
4.jgn berckp dgn org yg xdikenali sbbnye kdg2 die cube nk memukau kite
5.blajala ilmu mempertahankan diri